Langkau ke kandungan utama

Tip-Tip Keselamatan dan Sekuriti

Seperti perkhidmatan berasaskan lokasi yang lain, ia adalah penting untuk menggunakan akal apabila berinteraksi dengan orang dalam talian.

  • Anda tidak harus berkongsi atau mendedahkan kata laluan anda kepada mana-mana pihak ketiga - walaupun jika mareka ialah teman anda. Jika anda hilang kata laluan atau memberikan kepada yang lain. maklumat peribadi anda mungkin anda disalahgunakan. Jika profil anda dicuri masuk, sila laporkan kepada pihak kami menerusi halaman maklumbalas kami.
  • Jangan memberi maklumat peribadi atau kewangan anda kepada orang lain. Sila pastikan anda tidak mendedahkan alamat rumah dan e-mel, maklumat IM, URL, butir-butir kad atau nama penuh di profil anda.
  • Sila berhati-hati dengan orang yang mendakwa diri mereka adalah wakil syarikat kami atau syarikat-syarikat lain dan yang meminta anda membuat bayaran atau hantaran hadiah atau perkhidmatan yang tidak ditawarkan secara terus di laman Fiesta. Sila juga berhati-hati dengan orang yang mendakwa diri mereka kini bermasalah dan memerlukan bantuan kewangan - ini semua biasanya adalah penipuan.
  • Jangan gunakan nama pengguna yang kontroversi atau provokatif - ini mungkin akan menarik perhatian yang tidak diingini. Kamu cadangkan anda menggunakan nama pertama sahaja.
  • Jika anda mendapati kelakuan yang tidak sesuai, klik pada pautan laporkan kekesatan dan ini akan menggera team kami dengan serta merta. Terdapat juga fungsi sekat member jika anda rasa tidak selesa dengan seseorang member lain atau dengan perbualan yang telah berlaku. Jangan rasa tidak berupaya apabila menerima kekesatan dan gangguan - sekat pengguna tersebut atau laporkan mereka kepada team sokongan kami. Kami cuba untuk manangani hal-hal sebegini secepat mungkin dan kami mempunyai satu sistem urusan yang terperinci untuk megawasi dan mengawal kualiti aspek ini.

Lebih banyak tip-tip keselamatan boleh ditemui di Jaga Keselamatan Online

Internet Watch Foundation

Kami adalah member aktif Internet Watch Foundation dan menyokong kegiatan mereka dengan sepenuhnya.

Tip-tip untuk bertemu di luar talian

  • Apabila anda mula bersembang, ingat minta gambar diri yang terkini - kalau boleh sesuatu yang diambil dalam 4 minggu yang lepas
  • Jangan rasa tertekan untuk bertemu; hanya lakukan bila anda rasa anda sudah bersedia.
  • Selalu cuba untuk berbual dengan si dia di telefon dahulu.
  • Beritahu teman-teman yang lain di mana anda akan pergi dan pastikan mereka telefon atau hantar teks untuk memastikan anda selamat. Pastikan telefon bimbit anda penuh di-caj dan berkredit, dan beritahu teman-teman anda kemajuan pertemuan anda dan juga apabila anda selamat tiba di rumah.
  • Aturkan kenderaan anda sendiri ke tempat pertemuan dan juga bila balik - jangan setuju untuk bertemu di tempatnya atau di rumah anda. Jangan berikan alamat anda sehingga anda betul-betul kenal orang tersebut.
  • Ia mungkin berguna untuk menyediakan alasan untuk pulang jika anda rasa pertemuan tidak begitu lancar. Dengan ini, anda boleh meninggalkannya dengan mudah.
  • Bila bertemu untuk kali pertama, pastikan ia adalah pada waktu siang, di tempat orang ramai dan tidak mabuk! Dan pastikan anda tidak minum alkohol bila bertemu, dan pastikan bag dan minuman anda sentiasa berada dalam penglihatan anda.