Bagaimana kami boleh membantu?

Hai! Selamat datang ke Pusat Bantuan kami.
Sila taip tajuk atau nama fitur yang anda ingin ajukan pertanyaan

Profil

Impresi pertama amatlah penting dan untuk sebahagian besar member-member Fiesta, impresi pertama yang anda berikan datang daripada halaman profil anda. Jadi, pastikan ia hebat!

  1. Bagaimanakah populariti dikira?

    Populariti anda menunjukkan kehebatan profil anda! Purata yang diambil adalah berdasarkan bilangan pelawat, sepadan baru dan juga suka yang anda terima. Jika anda ingin merangsangkan profil anda, sila gunakan fitur-fitur premium kami seperti Bangkit Tinggi, Paparan Khas, Paparan Ekstra atau dapatkan Fiesta Premium!

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  2. Bagaimanakah saya boleh edit profil saya?

    Pergi saja ke profil anda dan ketik pada ikon pensil di tepi bahagian yang anda mahu tukar. Sila ingat ketik 'Simpan' selepas membuat perubahan anda.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  3. Bagaimanakah saya boleh menukar 'Saya di sini untuk'?

    Untuk menukar mesej 'Saya di sini untuk', sila buka profil anda, tatal bawah ke bahagian 'Saya di sini untuk' dan ketik pada ikon pensil untuk mengedit. Pilih sama ada anda mahu 'Chat dan mencari teman baru', 'Dating' atau 'Dating dengan serius', 'Tengok dulu' atau 'Buat komitmen jangka panjang'. Sila ketik 'Simpan' selepas membuat pilihan anda. Jika anda juga mahu memberi indikasi umur dan jantina orang yang anda minat, sila berbuat demikian dengan mengetik ikon penapis di sebelah kiri bahagian Temu-Temu atau di penjuru kanan atas Orang Berdekatan.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  4. Bagaimanakah saya boleh menukar nama saya?
    Sila pergi ke tetapan anda dan ketik pada ikon pensil di tepi 'Maklumat asas anda'. Masukkan nama baru dan ketik 'Simpan' untuk mengesahkan perubahan ini.
    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  5. Bagaimanakah saya boleh menukar jantina saya?

    Sila pergi ke tetapan anda dan ketik pada ikon pensil di tepi 'Maklumat asas anda', pilih jantina yang betul dan ketik 'Simpan' untuk mengesahkannya. Harap maklum yang anda boleh melakukan ini satu kali sahaja.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  6. Bagaimanakah saya boleh menukar tarikh lahir saya?

    Sila pergi ke tetapan anda dan ketik pada ikon pensil di tepi 'Maklumat asas anda', masukkan tarikh lahir yang betul dan ketik 'Simpan' untuk mengesahkannya. Harap maklum yang anda boleh melakukan ini satu kali sahaja.

    JJika anda mengalami masalah menukar tarikh lahir anda, sila hubungi kami menerusi pautan ini dengan tarikh lahir anda.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  7. Bagaimanakah saya boleh menukar lokasi saya?

    Dalam profil anda, sila ketik pada di tepi lokasi terkini anda dan masukkan lokasi baharu atau pilih dari menu menurun yang muncul.

    Jika anda tidak dapat melihat apabila cuba menukar lokasi anda, ini mungkin adalah kerana salah satu sebab berikut:

    • Anda menggunakan apl dan perkhidmatan lokasi pelayar anda pada masa yang sama dan oleh itu, lokasi anda telah ditetapkan oleh GPS peranti mudah alih anda dan tidak boleh ditukar.
    • Anda tidak menggunakan apl dan perkhidmatan lokasi pelayar anda tidak membekalkan ko-ordinat yang tepat kepada kami. Sila hentikan perkhidmatan lokasi di pelayar anda dan tetapkan lokasi anda secara manual di profil anda.

    Sila hubungi Team Bantuan Pelanggan kami jika anda mengalami masalah dengan lokasi apabila menggunakan apl mudah alih.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  8. Bagaimanakah saya boleh mengedit maklumat pekerjaan atau pendidikan?

    Jika anda mahu menukar maklumat pekerjaan atau pendidikan di profil anda, anda perlu menukarnya di Facebook anda dahulu. Selepas membuat perubahan di Facebook, kembali saja ke profil Fiesta anda dan kemas kini bahagian pekerjaan dan pendidikan anda.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  9. Bagaimanakah saya boleh menambah minat saya?

    Minat anda terdiri daripada benda-benda yang anda suka - band kegemaran, filem, destinasi percutian, sukan dan pelbagai lagi. Anda juga boleh semak minat orang lain di profil mereka dan lihat sama ada anda mempunyai minat yang sepadan. Untuk menambah minat-minat anda, sila lawati profil anda dan pilih minat-minat daripada kategori yang tersedia atau tambah minat-minat anda sendiri (ini perlu diluluskan sebelum muncul di profil anda, jadi jangan masukkan apa-apa yang kesat).

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  10. Apakah maksud status online dan di mana saya boleh mengaktifkan/memadamkannya>

    Di profil pengguna, gerakkan tetikus ke titik di depan nama mereka dan ia akan menunjukkan sama ada pengguna ini kini berada dalam talian atau tidak.

    Anda boleh mengaktifkan atau memadamkan staus online anda menerusi tetapan profil anda. Sila pilih 'Ya' atau 'Tidak' dalam bahagian 'Tunjuk status online saya'.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  11. Bagaimanakah saya boleh melihat siapa yang telah melawat profil saya?
    Fiesta mempunyai halaman Pelawat yang membolehkan anda melihat bila dan siapa yang telah melawat profil anda, dan juga pautan terus ke profil mereka.
    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  12. Bagaimanakah saya boleh meningkatkan populariti saya?

    Jika popularity anda rendah terdapat pelbagai cara mudah yang anda boleh ambil untuk merangsangkannya! Sila pergi ke halaman Popularity anda dan pilih salah satu fitur kami dengan kredit. Anda boleh menggunakan Paparan Khas , Bangkit Tinggi ke tempat pertama dalam hasil carian  , muncul lebih banyak kali dalam Temu-Temu  atau mengumumkan kepada semua yang anda online dan bersedia untuk chat .

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  13. Bagaimanakah saya boleh memadamkan pelawat profil saya?
    Malangnya buat masa ini, anda tidak boleh memadamkan pelawat profil anda. Namun begitu, anda boleh menghentikan notifikasi baru dengan melihat pengguna yang telah melawat profil anda.
    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  14. Bagaimanakah saya boleh menyembunyikan akaun saya?

    Jika anda tidak mahu menggunakan akaun anda buat seketika, anda boleh memilih untuk menyembunyikannya. Apabila akaun anda adalah tersembunyi, ia tidak akan muncul dalam Orang Berdekatan atau game Temu-Temu. Pengguna yang anda sudah bersembang tidak akan dapat membaca mesej anda kecuali jika anda munculkan semula profil anda.

    Jika anda mahu menyembunyikan akaun anda, sila pergi ke tetapan , pilih 'Padam akaun' di bawah halaman dan pilih 'Sembunyikan akaun anda'. Sebaik saja anda mengesahkan ini, anda akan didaftar keluar secara automatik. Anda perlu mendaftar masuk semula dan munculkan profil anda jika anda mahu membaca mesej anda, dan ditatapi semula dalam Orang berdekatan dan Temu-Temu.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  15. Apakah itu folder 'Kegemaran'?
    Folder Kegemaran adalah di mana anda boleh menemui pengguna yang anda telah menandakan sebagai kegemaran dan juga semua pengguna yang telah mengemari anda. Anda boleh menukar tab menggunakan butang-butang di atas halaman. Harap maklum yang Mengemari anda hanya boleh diakses dengan Fiesta Premium.
    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  16. Bagaimanakah saya boleh akses profil saya jika saya tidak dapat melihat simbol captcha?
    Jika anda perlu masukkan simbol captcha tetapi tidak dapat melihatnya, ini mungkin adalah kerana plugin atau perkakas antivirus yang terpasang di komputer anda. Sila padamkan atau tutupkan mereka dan anda akan dapat melihat simbol captcha kami.
    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak