Bagaimana kami boleh membantu?

Hai! Selamat datang ke Pusat Bantuan kami.
Sila taip tajuk atau nama fitur yang anda ingin ajukan pertanyaan

Fiesta Premium

Fiesta Premium boleh membantu anda menerima lebih banyak perhatian dan bertemu dengan orang baru dengan lebih cepat. Fitur-fitur tambahan ini mempelbagaikan pilihan anda ketika bersembang, mencari teman baru, berkongsi gambar dan video, dan bermesra.

  1. Apakah fitur yang saya boleh akses menggunakan Fiesta Premium?

    Fiesta Premium terdiri daripada fitur-fitur tambahan yang tidak dimiliki oleh pengguna-pengguna biasa:

    Suka anda: lihat siapa yang mengundi 'Ya' kepada anda dalam Temu-Temu

    Mod Sembunyi: layari Fiesta tanpa dilihat oleh sesiapa

    Buat asal undian terakhir: berupaya membuat asal undian 'Tidak' dalam Temu-Temu

    Menambah anda sebagai Kegemaran: lihat siapa yang paling suka anda

    Sembang dengan pengguna popular: terima akses terus ke pengguna paling popular di Fiesta

    Jadi yang pertama untuk menghubungi orang baru: bersembang dengan orang baru dari detik mereka menyertai Fiesta

    Cerahkan mesej anda: pastikan mesej anda dibaca dahulu oleh semua kenalan anda

    Pelekat: dapatkan akses ke pelekat hebat

    Selain daripada semua fitur-fitur hebat di atas, anda juga boleh menggunakan Fiesta tanpa iklan!

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  2. Bagaimanakah langganan Fiesta Premium berfungsi?

    Fitur Fiesta Premium adalah berdasarkan sistem langganan. Anda boleh membeli Fiesta Premium untuk tempoh masa menggunakan pelbagai kaedah bayaran popular. Langganan Fiesta Premium anda akan diperbaharui secara automatik dan kaedah pembayaran adalah berbeza mengikut negara.

    Anda boleh menguruskan langganan anda pada bila-bila masa saja di halaman Tetapan Pembayaran.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  3. Bagaimanakah saya boleh membeli Fiesta Premium dengan kad kredit atau PayPal?

    Klik "Aktifkan" di halaman Profil anda dan ikut arahannya. Anda boleh membayar dengan kad kredit atau PayPal dan akan menerima e-mel pengesahan selepas anda membayar. Harap maklum langganan ini akan diperbaharui secara automatik.


    Untuk membayar dengan kad kredit, pilih langganan yang anda mahu beli dan ikut arahannya. Klik "Aktifkan" dan tunggu mesej yang mengesahkan bayaran anda. Anda akan menerima e-mel pengesahan selepas anda membayar.



    Untuk membayar dengan PayPal, pilih langganan yang anda mahu beli dan klik "Aktifkan". Anda akan dibawa ke halaman daftar masuk PayPal dan ringkasan bayaran untuk melengkapkan proses bayaran PayPal.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  4. Bagaimanakah saya boleh membeli Fiesta Premium menerusi SMS?
    Klik 'Aktifkan' di halaman Profil anda, pilih SMS sebagai kaedah pembayaran dan ikut arahannya. Kami akan hantarkan SMS dan anda perlu mengesahkan yang anda mahu mengaktifkan langganan ini.

    Selepas anda mengesahkannya, anda akan menerima satu SMS setiap kali langganan anda diperbaharui. Anda boleh membatalkan Fiesta Premium anda pada bila-bila masa dengan mengikut arahan dalam SMS pengesahan langganan anda atau SMS pembaharuan langganan anda. Sila jangan segan menghubungi Team Bantuan Pelanggan kami jika anda memerlukan apa-apa bantuan dengan langganan anda.
    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  5. Bagaimanakah saya boleh membeli Fiesta Premium di laman mudah alih Fiesta?
    Pergi ke halaman profil anda, pilih Fiesta Premium dan ikut arahan pada skrin.
    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  6. Bagaimanakah saya boleh membatalkan langganan Fiesta Premium saya?
    Sila buka profil dan ketik pada ikon roda yang terletak di sudut kanan atas halaman. Kemudian, tatal bawah ke bahagian Tetapan Pembayaran dan ketik pada Batalkan Langganan. Langganan anda akan dibatalkan apabila tamat tempoh bayaran terakhir yang anda sudah beli.

    Untuk membatalkan langganan SMS, ikut arahan dalam SMS pengesahan langganan pertama anda, atau mana-mana SMS pembaharuan langganan.

    Sila hubungi Team Bantuan Pelanggan kami jika anda memerlukan bantuan dengan langganan anda.
    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  7. Bagaimanakah saya boleh membatalkan langganan Fiesta Premium yang dibuat menerusi iTunes?

    Untuk membatalkan langganan Fiesta Premium yang dibuat menerusi iTunes, sila pergi ke tetapan iPhone atau iPad anda dan pilih 'iTunes dan App Store'. Kemudian, ketik pada Apple ID anda dan 'Lihat Apple ID'. Masukkan kata laluan anda, tatal bawah ke langganan dan ketik pada 'Urus'. Di skrin Fiesta Premium, padamkan Pembaharuan Auto.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  8. Saya sedang menghadapi kesukaran membeli Fiesta Premium. Apa yang saya boleh buat?
    Sila hubungi Team Bantuan Pelanggan kami jika anda mengalami apa-apa kesukaran membeli Fiesta Premium. Mereka pasti akan dapat membantu.
    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  9. Bagaimanakah saya boleh membuat asal undian terakhir saya?
    Selepas mengundi Tidak untuk seseorang pengguna dalam Temu-Temu, sila ketik pada gambar pengguna tersebut di sudut kanan atas skrin (ia akan mengandungi satu padanya). Harap maklum yang anda tidak boleh menggunakan buat asal dua kali secara berterusan dan anda tidak boleh menggunakannya untuk undian Ya anda.
    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak