Bagaimana kami boleh membantu?

Hai! Selamat datang ke Pusat Bantuan kami.
Sila taip tajuk atau nama fitur yang anda ingin ajukan pertanyaan

Soalan-soalan popular

  1. Bagaimanakah ia berfungsi?

    Fiesta telah direka untuk berfungsi dengan intuitif tapi jangan bimbang, kami faham yang anda memerlukan sedikit bantuan untuk melayarinya!

    Apabila anda mendaftar untuk kali yang pertama, sila pastikan anda mempunyai gambar diri yang hebat dan sila tulis sedikit maklumat mengenai diri anda supaya pengguna lain boleh lebih mengenali anda.

    Sebaik saja anda mempunyai profil, sila cuba fungsi terpenting Fiesta iaitu game Temu-Temu. Anda cuma perlu memberi undian Ya atau Tidak kepada member lain dan jika anda berdua suka satu sama lain, anda akan menerima satu Sepadan dan boleh mula bersembang! Sila pastikan anda mempunyai tetapan yang betul untuk 'Saya di sini untuk'.

    Orang Berdekatan adalah bahagian di mana anda boleh melihat pengguna di bandar atau kawasan anda.

    Fiesta adalah percuma tapi untuk menonjol daripada yang lain, anda perlu mencuba perkhidmatan kami yang lain seperti kredit dan Fiesta Premium.

    Selamat menikmati Fiesta!

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  2. Bagaimanakah saya boleh menukar lokasi saya?

    Dalam profil anda, sila ketik pada di tepi lokasi terkini anda dan masukkan lokasi baru atau pilih dari menu menurun yang muncul.

    Jika anda tidak dapat melihat apabila cuba menukar lokasi anda, ini mungkin adalah kerana salah satu sebab berikut:

    • Anda menggunakan apl dan perkhidmatan lokasi pelayar anda pada masa yang sama dan oleh itu, lokasi anda telah ditetapkan oleh GPS peranti mudah alih anda dan tidak boleh ditukar.
    • Anda tidak menggunakan apl dan perkhidmatan lokasi pelayar anda tidak membekalkan ko-ordinat yang tepat kepada kami. Sila hentikan perkhidmtan lokasi di pelayar anda dan tetapkan lokasi anda secara manual di profil anda.

    Sila hubungi Team Bantuan Pelanggan kami jika anda mengalami masalah dengan lokasi apabila menggunakan apl mudah alih.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  3. Bagaimanakah saya boleh menukar kata laluan saya?
    Sila buka profil anda dan pergi ke bahagian tetapan di sudut kanan atas dan ketik pada ikon pensil di tepi bahagian 'Akaun anda'. Masukkan kata laluan baru anda, ketik 'Simpan' dan anda akan diminta memasukkan kata laluan semasa anda dan ketik 'Simpan' untuk mengesahkannya.
    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  4. Saya terlupa kata laluan saya. Apa yang patut saya buat?
    Klik saja pada pautan Lupa Kata Laluan? di halaman Daftar masuk dan ikut arahan mudah untuk menetapkannya semula.
    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  5. Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan semula profil saya yang telah dipadamkan?

    Selamat pulang kembali!

    Jika anda memadamkan profil anda dalam tempoh 30 hari yang lalu, anda sudahpun menerima email pengesahan daripada kami yang juga mengandungi pautan aktivasi semula. Ketik pada pautan tersebut dan profil anda akan muncul kembali seperti biasa.

    Jika tempoh masa sudah lebih 30 hari, anda terpaksalah mencipta profil baru – mungkin ini adalah peluang baik untuk menyegarkan profil dan diri anda!

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  6. Garis panduan penyelesai masalah

    Jika anda mengalami masalah di Fiesta, ini mungkin disebabkan oleh isu sementara di laman.

    Sila ikut langkah-langkah berikut untuk mencuba menyelesaikan masalah ini:

    1. Pastikan pelayar anda adalah versi yang terkini dan kemaskini jika tidak

    2. Bersihkan cookies dan cache di pelayar anda

    3. Keluar dan buka semula pelayar anda

    4. Daftar keluar dan masuk semula ke akaun anda

    Jika langkah-langkah di atas tidak dapat membantu, sila:

    • Semak halaman yang sama di pelayar lain untuk memastikan ia bukan isu pelayar dan beritahu kami jika isu yang sama timbul di kedua-dua pelayar.
    • Padamkan plug-in, add-on atau extension dalam pelayar anda dan kemudian keluar dan buka semula pelayar anda
    • Tambah https://heyfiesta.com/ ke dalam program anti-virus anda atau senarai laman web selamat pelayar anda dan pastikan anti-virus tidak mengenal pasti apa-apa masalah dengan sistem operasi anda.

    Jika anda tidak pasti cara untuk melakukan yang di atas, sila semak arahan dalam bahagain Bantuan pelayar anda.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  7. Bagaimanakah saya boleh menghubungi bantuan pelanggan

    Jika anda tidak dapat mencari jawapan untuk soalan anda atau mahu menghubungi kami, sila gunakan borang Maklumbalas kami.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak