Garis Panduan Komuniti Fiesta

Fiesta adalah tempat untuk mengamalkan dating secara jujur. Matlamat kami adalah untuk membina ruangan di mana semua pengguna kami boleh meluahkan diri mereka dan mencari apa yang mereka inginkan. Kami mahu semua pengguna kami untuk menikmati perjalanan Fiesta mereka dan menggunakan platform kami dengan selamat dan bertanggungjawab. Untuk memastikan kami mencapai matlamat ini, berikut adalah garis panduan yang perlu diikuti.

Selalu jujur

Jujur terhadap diri anda selalu. Menerusi Fiesta, kami berharap anda akan dapat bertemu dengan pengguna lain dalam dunia nyata. Jadi, sila gunakan nama, gambar dan maklumat sebenar di profil anda. Sila gunakan fitur penentusahan gambar kami untuk membuktikan profil anda adalah tulen - anda boleh memilih untuk dipamerkan kepada pengguna-pengguna yang ditentu sah sahaja setelah melengkapkan penentusahan anda ✅

Kami tidak membenarkan perkongsian akaun. Kami faham semua hubungan adalah unik tapi anda tidak boleh berkongsi akaun Fiesta anda atau menggunakannya sebagai akaun untuk kumpulan dengan pasangan atau teman-teman. Ruangan ini adalah untuk individu sahaja.

Gunakan fitur-fitur kami! Kami menyediakan pelbagai fitur menarik dalam apl kami dan juga di web untuk memastikan chat anda adalah ✨. Sila jangan salin dan tampal mesej yang sama kepada semua orang yang anda suka - cuba ambil masa untuk mengenali pengguna tersebut dengan membaca jawapan kepada soalan-soalan di profil mereka atau menggunakan salah satu “pembuka chat” kami. Anda mungkin akan mendapati yang anda berdua adalah Gemini yang suka makan pizza di rumah pada pagi Ahad!.

Selalu baik hati

Kami sentiasa berusaha untuk memastikan ruangan ini mengalu-alukan semua orang dan kami berharap anda juga boleh berbuat demikian - jika anda tidak akan berkata sesuatu dalam dunia nyata, sila jangan katakannya online.

Kami mengamalkan polisi toleransi sifar terhadap ucapan kebencian. Ini termasuk semua material yang menunjukkan sebarang bentuk diskriminasi: termasuk (tidak terhad kepada) kaum, etnik, agama, identiti jantina, umur, negara asal, orientasi seksual atau apa saja yang tidak sopan terhadap komuniti yang tertentu. Jika profil atau mesej chat anda mengandungi ciri-ciri ini, kami akan memadamkan akaun anda secara kekal. Kami amat menggalakkan pengguna kami untuk meluahkan apa yang mereka carikan tapi sila jangan menggunakan bahasa yang mengecualikan di profil anda. Kebaikan hati adalah paling utama 💜

Utamakan keselamatan

Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Sila jangan mendedahkan nama penuh, nombor telefon, alamat rumah, e-mel atau butir-butir akaun media sosial anda di profil anda. Apabila menghantar mesej kepada pengguna yang anda baru bertemu, sila pastikan komunikasi anda kekal di apl atau dalam laman di mana kami mempunyai proses untuk membantu memastikan keselamatan anda. Sila baca tips-tips keselamatan kami di sini.

Garis panduan gambar

Gambar yang mempamerkan diri sebenar anda adalah pilihan terbaik. Ketika memuat naik gambar, sila pastikan gambar-gambar anda tidak:

  • Menunjukkan sesiapa saja di bawah umur 18 tahun
  • Melindungi atau menutup muka anda
  • Mampunyai tera air, logo, lapisan teks atau terlalu banyak edit
  • Mengandungi kandungan pornografi atau lucah
  • Menggunakan orang atau selebriti yang bukan anda (kucuali jika anda adalah Beyoncé)
  • Mempamerkan kandungan yang menyalahi undang-undang, keganasan atau material yang kesat

Garis panduan Fiesta Live

Kami ingin memastikan Fiesta Live kekal sebagai ruangan yang selamat untuk menjalin persahabatan yang bermakna dalam masa nyata. Berikut adalah beberapa garis panduan ketika membuat stream atau komen di Fiesta Live.

Streaming:

Penggunaan Fiesta Live bermakna anda akan menerbitkan kandungan video dan audio. Jadi, sila sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Ingat, jika anda gembira, penonton anda juga anda gembira!

  • Jangan memandu ketika membuat live stream
  • Fiesta adalah platform 18+ dan live stream yang mengandungi sesiapa saja di bawah umur 18 tahun adalah tidak dibenarkan
  • Semua orang dialu-alukan tetapi mestilah berpakaian
  • Tanpa kandungan keganasan, material yang menggalakkan kebencian atau material kesat; termasuk penggunaan dadah, senjata, bahasa yang mengancam atau aktiviti yang melanggar undang-undang
  • Tanpa ucapan kebencian atau gangguan. Ini termasuk semua bentuk diskriminasi, termasuk rasisme, ancaman terhadap komuniti LGBTQ+ dan apa saja yang dianggap tidak menghormati atau menentang pengguna-pengguna kami
  • Jangan cuba menjual atau memasarkan produk atau perkhidmatan di Fiesta
  • Jangan menggunakan Fiesta Live untuk menipu, memanupulasi atau scam pengguna lain

Komen:

  • Jangan merosakkan pengalaman semua pengguna dengan menghantar spam dalam bahagian komen streamer.
  • Hormati streamer dan semua pengguna dalam komuniti kami, dan sila jangan berkelakuan tidak sopan atau kesat terhadap yang lain.

Kami ingin anda menikmati pengalaman Fiesta yang terbaik, dan senang hati untuk meluahkan diri dan mencari apa yang anda inginkan, tanpa gangguan negatif terhadap pengguna-pengguna lain.

Jika anda tidak menghormati garis panduan atau Ikrar Kejujuran kami, kami mungkin akan terpaksa memadamkan akaun Fiesta anda secara kekal (tidak kira sama ada tindakan tersebut berlaku online atau offline). Kami bangga untuk memiliki komuniti dating online yang terbesar dan paling pesat berkembang, dan anda adalah komponen yang penting dalam komuniti kami :)